Skip to main content

From Selangor to Kedah, with love (Part 2)

Sejurus saya mempublish post sebelum ini, saya terus menaip post kedua hahaha dasar tamak.

Dah lepas balik dari rumah P Ramlee, kitorang pun pergilah ke kawasan yang ada Komtar untuk melihat lihat. Saya berjaya membeli jeruk sebanyak RM17 dan memakan cendol sambil berdiri. Lepas itu kami pun keluar dari Pulau Pinang. bagi yang tak tahu, Pulau pinang ni ada dua. Satu pulau, satu lagu tak pulau hahahaha. Yang pualu ni boleh pergi guna feri dan guna jambatan. Sebab kitorang dah pergi naik feri, maka balik pula menaikilah jambatan.

Tolong abaikan muka keserabaian -_-"
Inilah rupa jambatan kalau awak tak tahu

Lepas naik jambatan, kitorang pun pergilah ketempat Pasangan Kembar itu bekerja. Tapi sebelum itu makan makan dahulu sebab nak kejar masa. Setiap hari mak Syed suruh balik sebelum Maghrib :))

Muka tekun menulis menu


Apabila pulang baru sedar tak ambil langsung gambar Pasangan Kembar maka curi sahaja gambar mereka dari facebook. Buat siapa siapa yang tak kenal, itulah pasangan kembar :D

Eh silap KAHKAHKAH
Ini baru mereka :))
Pada keesokan harinya kami telah pergi ke Perlis untuk berkelah. Saya, Adenin dan Syed berusaha memasak makanan dan berjaya membuat makanan untu 8 orang walaupun kami hanya bertiga. Perjalanan agak jauh tetapi sebab duduk depan maka tak boleh tidur sebab kesian Pakcik Driver nanti. Apabila sampai hasilnya amatlah tidak merugikan !

Ini yang saya masak. HAHA FAIL :))

Haha tipu. Tak cukup pun untuk 8 orang. Hyperbole semata mata
Meskipun dipaksa untuk cakap maggi saya sedap, dia tetap gagah menghabiskan 2 pinggan maggi <3
Calon menantu terbaik hahaha :P
Bukit Ayer
Berdua duaan di hadapan papan tanda mengelakkan maksiat. HAHAHA:p
Lepas dah pulang dari bukit Ayer kami pun bergerak ke Taman Ular. Taman ular tu masuk RM4 rasanya. Tak ingat sebab Denin belanja. :D Dia cakap nak bawak kamera kena bayar, tapi ktorang selamba je tangkap gambar sebab dia takde CCTV macam muzium padi tu. Hihi.

Ular paling aktif, mungkin baru kena tangkap
Hawa gagah macam Badang

Lepas dah penat tengok ular dan beruk, maka bergerak pulang ke Kedah dan pergi ke taman Lay Huat. taman ni nak masuk RM10 tapi berbaloi jugak sebab ada banyak benda. Nanti kalau pergi Kedah carilah ya :) Kat situ ada tempat batu pelbagai bentuk, tempat tengok buaya, harimau, beruang, ikan dan banyak lagi. Dan ikan ikan kat situ memang selalu orang bagi makan maka kalau jalan tepi kolam dia pun ikan tu ikut je. Kalau kita buat gaya macam nak campak makanan pun dia pergi je situ sebab terpedaya ada makanan hahaha.


brother bear
pasangan bercinta berhati batu haha
dari masuk Lay Huat memang dia nak tangkap gambar dengan benda ni, maka kami pun pergilah nak fulfill hajat dia.
Lay Huat ni tempat terakhir yang kitorang melawat. Esok tu saya pun nak pulang dah ke Selangor ke kampung halaman. Maka mengucapkan kata kata sedih sebab pada esok hari tu Syed cakap dia busy maka tak boleh tengok saya berangkat pulang :'( Malam tu di rumah Denin ada sambutan Birthday adik dia maka duduk di rumah dan makan ayam barbeque yang main tipu sebab adik Denin goreng guna kuali.

Ini hari terakhir. Ternyata Syed tidak mahu melepaskan saya pergi sebab tiba tiba dia pun ada pagi tu selepas cakap dia bakal busy pada hari tersebut. Hahaha. Okay itulah gambar terakhir maka sampai di sini sahaja post saya pada kali ini. Saya berada di CC dan nampaknya bayaran sudah hampir mencecah harga RM5. Baik pergi sekarang. Byebye ! :*

Comments

Popular posts from this blog

Be kind, my uterus.

Haha hello. I am not talking about having a baby. Having your period is really weird, you're bleeding for a period (hehe) of time but you're not really dying. Your hormone is raging. You don't know what you want anymore. What you love today, you might hate it with all your guts tomorrow. And suddenly you want to be in love and get married and cuddle with someone. You want to eat a lot but you feel super fat and super conscious about your body. You want to be pretty but life is too much for a person who's bleeding that you end up wearing anything comfortable/you could find in your closet.  I hope everything goes well today. I am celebrating my birthday (wohoo !) with a bunch of friends and I am planning to eat everything that I can fit in my stomach. Also I need to drink coke to keep my uterus calm.  I shall find work to do. Bulan Puasa is fun because there's not many thing to do, but since I can't talk with anybody, it is pretty boring. Okaylah, till ...

Pengalaman melawat bayi

*Talks about baby* "Euw, geli gila panggil baby" "Oi, I was talking about a real baby lah" "Oh ingat panggil kita baby" Biasanya kalau pergi melawat bayi, ini yang saya akan buat. Ikut ibu pergi ke rumah bayi, makan, tengok bayi dari jauh dan balik. Sebabnya biasanya tak rapat dengan ibu bayi, dan juga ibu bayi biasanya nampak sangan protective terhadap bayi dia maka basic instinct adalah untuk menjauhi bayi. You don't trust me? Okay pergi melawat mana mana ibu baru lepas bersalin, tengok berapa kali dia pegang dan dukung anak dia. Lepas tu mesti nak bagi bayi makan masa tu jugak. Hm. Tak mencurigakan ke. Hahahahahaha okay I am just kidding. Sorry mothers. Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, asyik baca pasal penjagaan bayi dan ibu bersalin dan macam macam hal berkaitanlah. Lepas tu jadi macam confident pulak nak jumpa bayi. Mestilah, dah study banyak banyak kan haha. Masa Nur nak bersalin pun asyik bagi dia tips yang tak sure lah betul k...

Loop

"He told you that he has a Robin in his life?" "No, he posted it online" "Sorry girl, but bad news, you gotta give up on this one." "But, he's perfect. And I don't give want to give up on him" "If he ends up with you, he will always have someone else on his mind. What if his Robin wants to get back with him? You think he is going to stay for you?" "I don't know. Maybe I could change his mind" "Do you know the girl?" "Yes" "When did he break up with her?" "Years ago...." "Just move on, don't hurt yourself" "But then he's going to be my Robin" "Maybe he wont. Maybe he will"