Sewaktu orang lain berjumpa dengan Tuhannya di tikar sejadah atau di halaman masjid, Sang Gadis berjumpa dengan Tuhannya di tempat terakhir sekali yang boleh difikirkannya. Di sebalik bunyi kriuk kriuk katil yang bergegar kerana satu pasangan kekasih memadu asmara, di dalam sebuah bilik dipenuhi asap penghilang masalah sementara, Sang Gadis berjumpa Tuhannya. Di dalam keadaan terdesak itu, Tuhannya datang dan membisikkan kata kata indah, menenangkan hati Sang Gadis yang tersepit dalam keadaan. Di suasana yang dipenuhi dosa, Sang Gadis dapat melihat cahaya yang sedia memandu Sang Gadis ke destinasi yang sepatutnya.
*********
Acah acah deep. tapi it is based on a true story.
Dua minggu ni rasa jauh dengan Tuhan. Asyik buat salah walaupun tau tu salah. Tak tahu kenapa macam tu. Lepas tu macam dapat rasa Tuhan tarik satu benda yang penting, baru nak kecoh kecoh cari Quran cari telekung. Apa nak jadi ni Hawa. Lepas tu rasa diri makin tak tenang. Dah tau dah jawapan dia ada pada Tuhan, tapi saja saja buat tak nampak, sebab kadang kadang dosa lagi syok dari pahala. Haih.
Hidup sebagai orang tak baik ni, memang best. Tapi Tuhan jentik sikit je, terus tak tenang hidup. I'm not going to say I am going to stay on this path sampai mati, ada hari mungkin lupa Tuhan balik, ada hari ingat Tuhan sangat sangat. Tapinya menyedihkan betul, masa sedih baru nak cari Tuhan, kalau tak sedih ingat ingat lupa je. Minta macam macam, tapi nak balas tu liat betul. Sampai bila entah nak jadi macam ni.

Comments