Semua orang tau, 14 Februari ialah hari Valentine. Tapi bagi yang tak sambut Valentine, itu ialah hari yang bagus untuk beli bunga atau choklat dan makan dekat restoran menarik sebab ada banyak promosi menarik. Tak sambut tak apa (saya tak sambut jugak dont worry you're not alone :D), tapi ada promosi menarik kita jangan lepaskan haha boleh ke macam ni?
Bercakap pasal promosi di hari Valentine, saya dan beberapa blogger lain telah dijemput ke Holy Smoke Cafe untuk cuba makanan promosi HeartsDay mereka dan juga beberapa signature dish lain yang ada all-year around. Holy Smoke Cafe ni terletak di seksyen 13 Shah Alam dan ianya baru dibuka 3 bulan yang lalu. Sebelum ni mungkin orang Shah Alam pernah nampak tempat ni, tapi dia letak kereta je maka orang tak tau fungsi tempat ni apa. Tapi sekarang dah buka marilah pergi beramai ramai. Okay, sekarang nak tunjuk menu yang ada dalam promosi HeartsDay ni (tiba tiba lompat isi hahaha)
Seperti yang telah tertera diatas, harga promosi ni RM150 per couple, dan setiap orang boleh ambil satu entree, satu appertizer, satu main course dan satu dessert. Ada lagi satu bonus iaitu free flow of strawberry ice tea. Dan semua makanan sedap sedap so untunglah siapa yang sempat buat reservation untuk malam tu.
Bagi yang jenis visual dan tak boleh bayangkan makanan jangan risau, saya ada gambar hehe marilah lihat sedikit food porn.
|
Smoke trout raviolli with dill butter sauce |
|
Scallops with tomato salsa and balsamic reduction |
Okay, kalau awak rasa terkejut kenapa portion dia sikit je sila jangan risau, ada 4 makanan yang awak akan makan. Lebih dari cukup haha. Lagipun ni cuma appetizer je ya. Bukan main course.
|
Crispy skin salmon with beurre blanc, mash potato and asparagus |
|
Herb Crusted rack of lamb with roasted potatoes and vegetables |
Salmon dia 10/10. Sedap gila okay. Well-seasoned and the skin is very crispy ! And I don't even like salmon. Good news, salmon tu boleh beli hari hari sebab dia ada on the menu :D As for the lamb, it's very juicy but medium well so it's not my kind of food but Nussow and Hanis liked it. Tapi masih sedap. (Sorry for the quality of the picture, lampu malap yang teruk untuk gambar tapi baik untuk dating hahaha)
Okay, sekarang nak cakap pasal makanan lain pulak, yang bukan dalam promosi.
|
Mee Bandung |
Holy Smoke Cafe ni tak banyak jual makanan Asia, dia pilih yang terbaik je maka tak ada makanan yang tak sedaplah sebab bukan main masuk je dalam menu. Dan Mee Bandung ni memang sedap sebab semua orang lupakan makanan lain dan makan benda ni je. Sous Chef dia bagitahu ada orang cakap Mee ni lagi sedap dari mak dia buat haha kasihan mak orang tu.
|
Lasagna |
Lasagna ni sangat creamy dan portion dia cukup cukup je. Tapi nasihat saya, share lasagna dengan kawan kawan dan beli makanan lain sebab dia senang muak sikit. Lagipun apa salahnya makan dua makanan kan?
|
Beef Burger |
Rindunya fries dia. Inipun sedap, siapa yang suka makanan manis boleh cuba ni sebab dia ada caramelized onion. Dan burger ni guna sos buatan sendiri so silalah cuba.
|
Banana Fritters with Ice Cream |
Ni dessert untuk malam tu. Sedap sebab pisang panas berasap lepas tu makan dengan Ice Cream sejuk. Kenapa tiba tiba ada tangan orang tuuuu.
|
Sirap Bandung Muar |
Okay, menarik dan tertarik tak nak cuba lepas tengok semua gambar ni ? Bagi yang nak cuba pergi Holy Smoke Cafe, ini alamat dia.
Jangan tunggu lama lama nak buat reservation. Hari terakhir untuk buat reservation ialah 11 Februari !Penuh nanti awak yang rugi. Las but not least, terima kasih Nussow sebab ambil semua gambar. :D
“This food tasting session was organised by
HungryGoWhereMalaysia – Discover, Eat, Share today!”
Comments