Skip to main content

The day I stood in the rain and shouted I love you.

Kalau awak awak semua dah baca blog ni dari dulu atau follow twitter saya atau kawan saya, mungkin awak dah tau betapa dalamnya cinta saya terhadap Bigbang. Setelah mengharungi beberapa konflik, ikat perut, dan pelbagai lagi cabaran, akhirnya saya berjaya pergi ke konsert Bigbang pada Sabtu yang lalu ! Mari nak cerita perjalanan daripada hari tiket start di jual sampai lah sekarang. Ya, ini akan jadi blogpost yang sangat panjang.

Masa hari pertama dia bukak kaunter tu, tiket dia dah sold out. Orang beli je apa apa tiket yang diorang dapat. VIP semua semangat sangat nak beli tiket sampai ada yang tunggu daripada malam tu. Tapi masa tu bulan puasa rasanya. Jadi awal awal tu memang sedih sebab macam tak ada peluang je nak pergi. Tapi masih cuba yakinkan diri jugak.


Cuba tengok video ni betapa ramainya orang T.T

Nasib baik ada ramai kawan dan ada social network. Akhirnya saya berjaya beli tiket sebab ada kawan jumpa orang yang nak jual. Tapi tiba tiba orang yang nak jual tu tak jadi jual sebab dia kata kawan dia nak. Nasib baik tak beli dengan dia, mahal ! Haha. Lepas tu cari lagi. Tengok twitter lah, cari dekat facebook lah. Alhamdulillah ada orang nak jual dengan harga lagi murah. Tapi lepas tu ada masalah pulak. Dia cuma jual satu tiket je. Yang nak pergi 3 orang. Jadi pencarian diteruskan. Lepas jumpa tiket yang kedua, tiba tiba organizer concert bagitau ada tambahan tiket. Maka cukuplah satu lagi tiket.

Sebenarnya masa dah beli tiket pun tak confirm lagi boleh pergi ke tak sebab konsert ni sehari selepas Raya Haji. Cuba kalau tiba tiba nak balik kampung. Kan susah. Jadi dari bulan Ogos dah mula tanya IbuBapa nak raya nanti balik mana. Siap plan dengan makcik supaya ajak semua orang raya Selangor je. Masa ni tawakal jelah haha. Lepas tu ada lagi satu masalah pulak. Kawan pulak tak jadi pergi. Mulalah runsing nak cari orang nak beli tiket. Dahlah masa tu seminggu sebelum konsert. Tengok dekat facebook dan twitter, berlambak lambak orang nak jual tiket. Menggunakan kuasa social network dan rakan rakan, tiket berjaya terjual dengan jayanya. 

Lepas jual tiket ni, semua dah makin indah. Kami semua raya dekat Selangor. Tapi dah tentulah untuk mengecapi kebahagiaan kena ada cabaran lagi. Jumaat malam Sabtu tu tiba tiba IbuBapa nak pulang ke Melaka pulak. Takkan nak melawan pulakkan? Resah gelisah je masa tu. Sampai Melaka dah pukul 10 pagi. Nak kena ambil daging sembelih lagi, lepas tu takkan nak balik teruskan? Pukul 2 macam tu pergi dekat Bapa dan tanya nak balik pukul berapa. Dia jawab pukul 8. Hambek kau. Konsert pun pukul 8 haha. Tapi lepas tengok My Name Is Khan, dan buat 1001 benda lagi, kami pun bergerak ke arah Stadium Merdeka. Lepas tu tiba tiba lah tayar pancitlah dan macam macam lagi yang malas nak cerita. Akhirnya pada pukul 7.45 petang saya pun sampai. Sampai sini jelah dulu haha. Panjang sangat pulak. Bye :D

Comments

Anonymous said…
Tak sabar nak baca sambungan. Cepat-cepat sambung please. XD

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok ...

Dah Berubah Dah Sekarang

Do you think I look pretty here? *wink wink* Haha pergi jalan jalan dekat internet dan jumpa website to makeover your face :)) This is ugleyh I know. Jangan risau. Just posting it nak cakap saya pun tangkap gambar myspace HAHAHAHA!

Pengalaman melawat bayi

*Talks about baby* "Euw, geli gila panggil baby" "Oi, I was talking about a real baby lah" "Oh ingat panggil kita baby" Biasanya kalau pergi melawat bayi, ini yang saya akan buat. Ikut ibu pergi ke rumah bayi, makan, tengok bayi dari jauh dan balik. Sebabnya biasanya tak rapat dengan ibu bayi, dan juga ibu bayi biasanya nampak sangan protective terhadap bayi dia maka basic instinct adalah untuk menjauhi bayi. You don't trust me? Okay pergi melawat mana mana ibu baru lepas bersalin, tengok berapa kali dia pegang dan dukung anak dia. Lepas tu mesti nak bagi bayi makan masa tu jugak. Hm. Tak mencurigakan ke. Hahahahahaha okay I am just kidding. Sorry mothers. Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, asyik baca pasal penjagaan bayi dan ibu bersalin dan macam macam hal berkaitanlah. Lepas tu jadi macam confident pulak nak jumpa bayi. Mestilah, dah study banyak banyak kan haha. Masa Nur nak bersalin pun asyik bagi dia tips yang tak sure lah betul k...