Encik N mengulang kata kata tersebut dua tiga kali. Mungkin marah atau pun jengkel. Yang pasti Hawa hanya duduk dengan muka tidak bersalah.
"Semalam tak dapat tak apa. Okay je. Kenapa harini tak boleh?"
"Semalam tu dah dua hari aku tak dapat. Tu hari ni macam ni"
"Semalam boleh, hari ni pun boleh"
Encik N pandang muka Hawa yang sedang menghirup kuah tomyam. Tak keruan. Bukan Hawa mahu bertindak kejam, tapi itu bukan benda yang baik. Dan Hawa taknak terlibat sama. Cukuplah tadi dia terkena tempias sedikit.
"Satu je. Please"
"Nantilah, dekat keretalah"
"Satuuuuuuu je"
"Nyanyi dulu. Sampai semua orang dengar. Nyanyi dekat sini." kata Hawa sambil menuding jari ke tempat kosong disebelahnya. "Lagi senang nak bagi"
Encik N menyanyi lagu You are my sunshine. Tak terlalu kuat tak terlalu perlahan. Kalau bukan sebab surrounding noise, mungkin semua orang akan dengar. Hawa ketawa tanda puas hati, tapi tak berganjak dengan keputusannya.
"Lepas ni jom pergi I-City. Ada concert"
"Malaslah. Siapa je pun yang ada"
Taktik Hawa untuk tukar tajuk perbualan berjaya. Namun selepas itu Encik N kembali kepada topik asal. Puas bermain dengan kata kata, Hawa pun membuka beg nya lalu berkata, "Sekali ni je okay, dah jom bayar. Ayuh ke I-City"

Comments