Haritu, selepas tidur sekejap sementara menunggu pukul 12 malam tiba tiba ada berita buruk. Skrin laptop pecah sebab pintu almari jatuh. Maka puasa onlinelah jawabnya. It was pretty nice actually. Hubungan percintaan dengan tv semakin rapat maka itu bermakna satu satunya ruang yang perlu dikemas oleh saya, sentiasa dikemas haha.
Pada cuti ini saya tak bekerja, maknanya tak berduit. Nak topup pun kena merayu rayu. Ibu bapa tak suka bagi duit untuk topup sebab dah tolong bayarkan maxis. Lagipun dah berumur 21 haruslah berdikari bukan beli kari. Satu satunya cara nak dapatkan duit adalah dengan berpura pura menjadi guru tuisyen walaupun hakikatnya I'm just playing around with the kids and not helping at all.
Tapi cuti ni bolehlah dikatakan agak aktif sebab banyak masa terisi dengan bermain boling dan tidur. Adam nak jadi pemain boling maka sebagai kakak yang suka memberi sokongan, maka saya pun bermain boling bersama sama. Selain itu saya juga berjaya menghabiskan 6 buah buku dalam masa 2 minggu sila belanja buku baru terima kasih.
Sekian sahaja dari saya, terima kasih.
Comments