Skip to main content

Desire.

Beberapa hari yang lalu ibunda dan ayahanda telah belanja sebuah telefon baru kerana sedih dengan kondisi telefon bimbit anakanda sulung yang dikasihi. Sudahlah separa patah, ruangan bateri pula hilang penutupnya. Setelah beberapa hari telefon dibeli, ibunda yang tahu tentang sifat lemah lembut anakandanya bersungguh sungguh mahu membelikan sarung sebagai alatan keselamatan untuk telefon. Apakan daya, ini bukan iPhone, semua casingnya hitam dan putih sahaja, tidak sesuai dengan jiwa ranggi anakanda yang semakin meningkat dewasa.

Susah ya nak berbahasa klasik ni susah tau tak susah.

Okay, memandangkan susah nak cari casing yang lain, saya pun bercadang nak jahitlah casing sendiri. Tapi sudah tentulah kena beli barang barang. Siapa siapa tak busy marilah kita berjalan jalan mencari bahan bahan. Ayuh !

Doakanlah tiba tiba saya ada bakat menjahit lalu menjahit pelbagai benda lalu menjual pelbagai benda lalu menjadi kaya. Amin.

Saya kaya dan berjaya !

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok ...

Dah Berubah Dah Sekarang

Do you think I look pretty here? *wink wink* Haha pergi jalan jalan dekat internet dan jumpa website to makeover your face :)) This is ugleyh I know. Jangan risau. Just posting it nak cakap saya pun tangkap gambar myspace HAHAHAHA!

Pengalaman melawat bayi

*Talks about baby* "Euw, geli gila panggil baby" "Oi, I was talking about a real baby lah" "Oh ingat panggil kita baby" Biasanya kalau pergi melawat bayi, ini yang saya akan buat. Ikut ibu pergi ke rumah bayi, makan, tengok bayi dari jauh dan balik. Sebabnya biasanya tak rapat dengan ibu bayi, dan juga ibu bayi biasanya nampak sangan protective terhadap bayi dia maka basic instinct adalah untuk menjauhi bayi. You don't trust me? Okay pergi melawat mana mana ibu baru lepas bersalin, tengok berapa kali dia pegang dan dukung anak dia. Lepas tu mesti nak bagi bayi makan masa tu jugak. Hm. Tak mencurigakan ke. Hahahahahaha okay I am just kidding. Sorry mothers. Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, asyik baca pasal penjagaan bayi dan ibu bersalin dan macam macam hal berkaitanlah. Lepas tu jadi macam confident pulak nak jumpa bayi. Mestilah, dah study banyak banyak kan haha. Masa Nur nak bersalin pun asyik bagi dia tips yang tak sure lah betul k...