Semalam, lepas seminggu bercuti, akhirnya saya keluar dari kempompong dan jumpa orang lain selain ahli keluarga tercinta. Bukan itu sahaja, ini bukan kawan kawan biasa, ini kawan yang luar daripada zon selesa pulak tu. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab dah ada kawan lain haha. Kalau tak selama memang keluar dengan orang yang sama je tanpa buat effort pun untuk jumpa orang lain selain mereka.
Tapi it was a bit awkward. Kitorang dah biasa bila keluar ikut je flow orang, maka semalam banyaklah adegan adegan seperti ini
A: Nak pergi mana ni?
H: Tak tau. Ikut jelah.
A: Hm, tak kisah pun.
A: Nak makan?
H: Nak.
A: Nak makan kat mana?
H: Oh, tak kisah pun. Ikut je mana mana.
Oh memang tak kemanalah. Nasib baik akhirnya beliau membuat inisiatif dan akhirnya kami berjaya membeli barangan yang dikehendaki, dan makan makanan yang mengenyangkan. Sebagai bonus, berjaya tengok wayang jugak. Hoyeah.
Kalau siapa siapa nak tengok wayang, pergilah tengok Tower Heist.
Serius tak rugi. Okaylah, nak mandi sekarang. Heyyy, its 12.34 pm. Haha okay byebye :)
Comments