Sementara tunggu sahur, pergilah berjalan jalan di alam maya. Lepas tu tengok dekat blog Cik Epal, music video lagu MAX 24.7. Nak tengok ? Meh sini klik sini ya.
Sebagai seseorang yang cuba nak menyokong industri muzik tanah air, haruslah pergi ke youtube dan cari hasil seni anak tempatan. Sesuailah dengan semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan ini. Sedih ya tengok rakyat Malaysia ni. Suka betul nak tunjuk kelemahan dekat orang lain.
Dahlah nak mencarut, lepas tu simple grammar pun salah. Harap harap ni bukan rakyat Malaysia. Macam kelakar pulak dia boleh ambil masa nak tekan space antara tanda tanya dengan tanda seru tu. Hahaha. Yang komen dalam Bahasa Melayu tu macam biasalah, melayu tipikal. Mungkin jenis yang bunyi banyak habuk pun tak ada. Eh tak baik bersangka buruk.
Apa apa pun, selamat sahur. Byebye :D
Comments