berapa kerat jelah yang tau pasal agama. Kelas Titas pun ponteng *terasa*.
Tadi pergi sembahyang terawikh. Pergi dekat surau yang buat 8 rakaat je. Dekat masjid buat 23. Secara jujur saya lagi rela buat 8 je sebab kalau lama lama jadi makin kurang khusyuk. Saya akur iman tak begitu kuat. Rasa malu terhadap diri sendiri. Berbalik kepada solat terawikh tadi, lepas solat memang dah jadi kebiasaan surau tu ada tazkirah sepanjang bulan Ramadhan. Lepas tu surau tu memang bagus, hari pertama dia cakap pasal kepentingan majlis ilmu. Kiranya macam pembakar semangatlah untuk orang semua stay lepas solat. Jadi kat sini nak share sedikit sebanyaklah apa yang dia cakap sepanjang 45 minit tu.
Antara beramal dengan berilmu, ilmu tu lebih penting. Menuntut ilmu tu fardhu ain. Terawikh bukan fardhu ain, maka duduk sekejap untuk dengar tazkirah tu lebih penting dari solat terawikh sebenarnya. Bila beramal tanpa ilmu, maka mungkin ada silaplah kat mana mana dalam amalan tu. Contohnya :
Ahmad : Kenapa kau tak puasa ni?
Mohd: Aku lupa niat. Tak ingat langsung.
Ahmad : Kau sahur tak pagi tadi? Kau tau tak harini kena puasa ?
Mohd : Aku sahur, aku tau dah harini kena puasa, tapi aku tak baca niat.
Dalam dialog ni, Mohd tu sebenarnya dah salah faham. Niat tu, yang kita baca dalam hati, yang terdetik dalam hati kita. Diakan dah sahur, dah tentu tentulah sebab dia nak puasakan? Bukan sebab dia nak pergi umrah. Yang kita semangat hafal tu adalah lafaz niat. Itu tak penting pun. Ha nampak tak apa masalahnya bila beramal tanpa ilmu ? Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda "beza beramal dengan ilmu dengan beramal tanpa ilmu sama seperti keistimewaan aku keatas kamu". Kau ingat beza dia sikit? Langit dengan bumi okay.
Nabi Muhammad S.A.W pun ada bersabda, "sesungguhnya malaikat menurunkan sayapnya kepada penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.". Ustaz tu cakap ada 3 maksud menurunkan sayapnya tu. First, malaikat memang turunkan sayap dia tu. Ustaz cakap, "kamu duduk atas karpet sekarang ni, tapi sebenarnya kamu duduk atas sayap malaikat :') ". Maksud kedua ialah, malaikat menghormati siapa yang pergi majlis ilmu. Bayangkan makhluk yang tak ada dosa langsung, menghormati kita yang hina dina ni. Maksud ketiga ialah malaikat duduk diantara orang orang yang pergi majlis ilmu.
Menyampaikan ilmu tu tanggungjawab. Sebab asyik bagi pembaca benda lagha nak dibaca, baik kongsi ilmu sikit sebanyakkan.
Kalau nak baca lagi pasal menuntut ilmu ni, klik link kat bawah ni. Dah nak hampir serupa dah dengan apa ustaz tu cerita tadi. :)
Sekian saja dari saya. Assalamualaikum ! *angkat tangan gaya pakcik jumpa orang tepi jalan*
Comments