Kalau dekat atas jalan raya, pasti berangan angan nak dapatkan Peugeot sebagai kereta pertama. Setelah beberapa kali menyuarakan impian terhadap ibu bapa, Puan ibu telah menghancurkan angan angan dengan berkata
"No, I am not going to spend that much money on a car. And besides, Hawa Nur mana ada lesen lagi."
Point pertama tu sebenarnya boleh disangkal lagi sebab saya tak rasa Puan Ibu tau harga kereta Peugeot itu. Okaylah saya pun tak tahu tapi manalah tahu kereta tu murahkan? Ke tak? Haha cuba bagitahu sikit mana nak cari senarai harga kereta ni. Isy.
*pergi facebook, cari orang belum tidur, tanya mana nak cari harga, jadi a complete loser bila dia tanya kereta Malaysia ke kereta apa lepas tu tanya dia balik "cuba define kereta Malaysia tu kereta apa" -_- *
Kembali dengan senarai harga terkini kereta kereta idaman. Okay. Mahal mahal. Tarik balik kata kata terhadap Puan Ibu tadi. Hahaha.
308 turbo |
Ini kereta idaman #1. Peugeot 308 turbo. Harga : RM 118,888.00. Tsktsk. Ni boleh beli rumah dah ni.
dua dua gambar diambil dari Google. |
Ini kereta idaman #2 yang baru menjadi idaman selepas google beberapa minit yang lalu. Peugeot RCZ GT. Harga : RM 223,888.00 -______-"
Tak apa tak apa. Tak ada benda yang mustahil. :D
KENAPA KENA AIM KERETA SEPARA MAHAL ? *separa mahal sebab ini tak adalah mahal sangat kalau nak compare dengan semua jenis kereta*
Mestilah kena aim tinggi. Ada ke orang aim benda biasa biasa je? Impian saya ialah untuk tinggal di rumah kos sederhana, bergaji sederhana dan pakai kereta sederhana. MANA ADA ORANG NAK BUAT MACAM TU. Lagipun, aim for the moon, even if you miss you'll still land among the star. Post ini dibuat atas dorongan Muaz dan Nussow. Diorang ada suruh print dan tampal gambar gambar barang idaman supaya impian lebih mudah tercapai. Dalam satu buku yang saya baca pun ada cakap, kalau nak capai sesuatu benda, kena bayangkan benda tu dari semua aspek, kena spesifik ! Oleh sebab buta kereta maka pergilah google satu satu kereta ni. Tapi taknak print sebab nak jimat kertas hihi :P
Okaylah dah pukul 6 pagi ni. Dah boleh tidur sekarang. Tapi mungkin ada mimpi buruk sebab baru lepas google Katy D instead of Katy B. Haih bila orang hampir pekak cakap dengan orang sakit gigi, inilah hasilnya -_-" . Pesanan dari penaja : JANGAN GATAL NAK PERGI GOOGLE KATY D !
Aston Martin Vantage Roadster |
Kalau nak bagi ni untuk hantaran kahwin pun boleh. 1 dulang balas 17 dulang pun tak pe HAHAHAHAHA :))))
Comments