Snape. Snape. Snape.
Hello semua ! Tadi saya telah pergi menonton Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 dengan si manusia berkepala pelik ini !
Perjalanan hari ini sangat lancar apabila tiada traffic jam yang lama. Pembelian tiket jugak sangat menarik apabila tidak perlu beratur panjang serta tidak risau akan ketidakcukupan tempat duduk kerana hari ini hari Khamis dan semua orang berkerja.
Selepas habis menonton wayang, kami berjalan jalan di Sony dan Machines untuk mencari barangan yang diidamkan. Selepas penat melihat semua benda, kami telah bersetuju untuk mengumpul duit dan membeli barangan Apple satu hari nanti. Selepas itu kami ke Kinokuniya dan pergi ke Baby Gaps untuk mencari Syaza Adela tapi mungkin dia tidak bekerja maka sia sia sahaja perjalanan kami tadi. Pada pukul 8 malam akhirnya kami ke Kerinchi untuk berjumpa 2 orang manusia ini pula.
dua orang manusia ini pula |
Setelah penat makan dan berbual, kami pun mengambil keputusan untuk pulang. Tapi sebelum pulang nak menghantar Kak Ti ke tempat kerjanya dahulu. Tiba tiba di dalam kereta saya mengambil keputusan untuk membeli cheesy wedges seolah olah tidak makan malam 30 minit yang lalu. Mungkin sudah menjadi rezeki kami, dapat 2 burger free muehehehe. Oleh kerana yang tolong bagi makanan ialah rakan sendiri, maka hasilnya adalah begini.
sekotak penuh lemak tepu |
Gembira betul hari ini. Ada benda penting lagi yang kena buat sebenarnya ni. Tapi tak larat dah okay nak tidur byebye :D
Sebelum itu, ini cubaan mengupload video si hyper selepas makan donat -_-"
Bye !
Comments