Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Kawan saya bernama Hana Lulu".
Saya ada seorang kawan bernama Hana Lulu. Hana Lulu adalah seorang gadis yang agak rendah daripada saya. Dia suka warna hijau dan dia suka makan telur dan kentang. Ini gambar kami berdua yang saya lukis khas untuk beliau. Cuba teka saya yang mana. Ya, tepat sekali. Sayalah manusia berketinggian normal itu. Hahaha.
Hana Lulu ajar saya pakai selendang. Dia bermuka telur maka pakai tudung pun cantik. Muka telur tu apa? Sekejap saya lukis. Hahaha
Saya rasa ini kelakar. Hahahahaha |
Macam nilah muka telur. Fit nicely kalau pakai tudung. |
Hana Lulu ni macam emak jugak kadang kadang. Walaupun badan bersaiz kecil, dia amat gagah! Dia boleh buka semua botol air! Dan angkat barang barang yang berat. Kalau makan di tempat guna sudu garfu dan pisau, Hana Lulu akan potongkan daging untuk saya sebab saya tak reti pakai pisau, Hana lulu pandai buka cengkerang udang dengan garfu sebab dulu dia sekolah SESE*I.
Cik Hana Lulu suka burung hantu dan obor obor. Tapi saya rasa apabila dia jumpa obor obor sebenar pasti dia geli sebab obor obor adalah jijik. Obor obor juga berbisa. Benda berbisa adalah menakutkan, macam ular dan lebah. Tapi lebah adalah comel.
Hana Lulu suka menyapu rumah. Tapi dia tak suka membasuh pinggan. Pinggan sendiri dia basuhlah, tapi pinggan banyak banyak orang lain guna tak. Selain itu, dia juga sangat pengemas. Sila lihat nota nota beliau. Sama macam nota saya. Okay itu tipu. Yang pastinya semua orang boleh belajar kalau pakai nota dia. Dia juga pandai melukis. Selain itu beliau juga pandai memandu. Walaupun agak kelam kabut, kira okaylah dari tak boleh memandu. Hahaha.
Okaylah. Ada banyak lagi yang saya nak tulis *ayat cliche bila kau dah takde idea. Hahaha*. okay, sekian. Silalah lihat gambar kami :D
Inilah kami memakai scarf JetCicle hahahahahahahahahaha |
Byebye ! :)
Comments