Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

A thing or two

Ini bukan saya. Bukan bukan bukan. ******* "Okay bye jangan lupa makan nasi dan ayam" "Pergilah makan ubat kalau tak sihat" "Kau kan tak suka pakai stokin, nah sandal baru, hadiah hari jadi" "Ya, roti dengan kicap memang terbaikkan?' Benda paling kecil, tu yang paling besar biasanya. It's the littlest thing, it always is. ******* "Pergilah, dia paling sesuai dengan kau" "Yes, dia cantik. Try lah, mana tahu dapat" "Ya, aku faham kau suka dia. Kalau cakap dekat aku je, mana dia nak tahu" "Tak, aku tak suka siapa siapa" There are times when I wanna tell the world how much I love someone but, the world already knows how much that person loves someone else. *******  "Taklah, Miley Cyrus lagi power. Adam Lambert apa ada. Haha" "Kau nak jadi penjenayah? Hmm aku nak jadi politician" "Aku tak pernah makan ikan tak masak, geli. tapi hm nak cubalah"   Sometimes it's

Hari Ini Hari Rabu

Hari Rabu hari paling padat antara semua minggu. Tapi saya suka sebab esok tu dah takde kelas. Lepas tu boleh tidur sampai lewat lewat sikit dan beberapa lagi alasan yang tak perlu saya cakap disini sebab kau nak tau pun buat apa haha. Hari Rabu juga saya boleh pulang tapi kalau saya mahu ah indahnya hari Rabuuu. Rasa agak bersalah ya apabila orang nak online untuk buat assignment tak jumpa komputer yang available sedangkan saya di sini berblogging -_-" Rasa nak tulis post lainlah. post ni cuma nak bagitahu je yang saya selamat di seksyen 17. Dan ibu saya memang suka memberi harapan hahahaha aiyaaaaa so membencikan but yet so funny at the same time. Hahaha. Dan volume telefon sila perlahankan. Kalau orang 7 langkah dari kau boleh tau kau cakap pasal apa dalam telefon tu, faham fahamlah ya. (Ini bukan sarkastik, ni cakap pasal diri sendiri hahaha so maluuu) Okay byebye :) A little bit? Memanglah takde, sebab dia banyak sampai tak larat.

Header Baruuuu

Cer tengok cer tengok. Okay takk? Header lama tu agak blurry sebab tu bukan size dia yang sebenar. Jadi semalam saya bosan lalu lukis yang baru. Agak susah ya nak lukis bentuk petak tu sebab saya memang fail dalam melukis garisan lurus. Guna pembaris pun fail, apatah lagi free hand. Hari ini internet intec sangat laju. Dalam masa 3 saat dah boleh tengok video di youtube dengan gembira. Saya juga sudah download banyak video dan TOP adalah sungguh kacak fufufufufufufu. Siapa yang rasa nak menderma untuk kanak kanak HIV, silalah text saya. Jangan buang masa komen dekat sini sebab saya tak online selalu pun. Siapa ada baju untuk dijual (yang cantik ya), dan taknak profit tu, silalah bagitahu kami nak jual dan bagi duit untuk kanak kanak HIV. Kalau ada yang berminat pasal MonaVie, silalah text saya. Kalau malu tapi nak tahu apa benda semua tu, tinggal komen je nanti saya jawab. Eceh macam hotline MonaVie dial 1-800-MonaVie-01 haha okay nombor tu tak valid tolong jangan dial. Nak d

Ini Apa Yang Saya Rasa. SAYA.

Okay, haritu ada orang bagi link pasal this person yang anti MLM, dan dia ada buat post lah untuk MonaVie. Lepas tu ada orang bagi saya link tu lepas tu dia cakap, "I would love to hear what you think of the blog". Lepas tu saya pun pergi ke link blog tu lepas tu baca semua lepas tu cuak. Hahahaha. Tapi sebagai orang yang mempunyai upline, jadi saya textlah upline saya. Lepas tu dia reply macam ni. "Alah biasalah tu, Rasulullah pun manusia kutuk, inikan pulak MonaVie company ciptaan manusia. Tutup je mata  dan telinga dari benda negatif ni. Focus on your goal. Diorang boleh cakap apa apa je, but they can't decide your future." Okay lepas tu rasa macam kecewa lagi sebab saya kan gedik lalu encik upline pun call. Dan dia cakap satu benda ni, "Kalau hawa rasa nak quit, quitlah." Amboiiii. Aku penat update blog, call orang, pergi malam malam kat talk tu kau cakap macam tu. (ini namanya derhaka terhadap upline hahaha). Maka saya pun rasa gembira da

Testimonial MonaVie

Ini post business. Saya tak suruh awak join saya, saya nak tolong awak rasa sihat :) Semua ambil di youtube. Tapi yang first video tu, I was there hihihi. Tak percayaaaa? Hanif, Haziq Hawa  Okay sekian terima kasih :)

Update Mingguan

Sekarang saya berada di Library bersama Nuzul Imran. Ini Nuzul. Yang pakai tudung tu. Hahaha bukan bukan, yang berambut macam Phua Chu Kang sikit tu. Okay sekarang semua cakap hi dekat Nuzul. "Hi Nuzul!" Tengok gigi diaaa tengokkkkk. Dan ya, dia cakap Hi balik.  Okay sekarang pergi ke hal lain. Quiz dah berakhir dengan jayanya. Haziq Ridzuan pun dah siap jahit baju untuk dinner saya :D Okay sekarang ada siapa siapa tak nak belikan kasut boot untuk saya? Kalau ada bagitahu ya. Okay sekarang Nuzul Imran sedang menulis blogpost pasal Radikal Bebas. Apa tu? Radikal bebas tu benda yang kalau kau ada banyak benda tu dalam badan, kau mati. Ahahaha bukan bukan siapa yang ada banyak radikal bebas ni akan lebih mudah terdedah dengan penyakit seperti kanser, sakit jantung, alzheimer, parkinson dan macam macam lagi. Macam mana nak atasi benda ni? Makan 5 sehingga 8 jenis buah tiap tiap hari. Mudah je kan? Setiap minggu beli 8 jenis buah. Tapi kalau nak lebih senang, beli je MonaV
It's like sugar rush, only better Inilah saya selepas satu panggilan telefon semalam. AND STILL AM. Eh sebelum korang salah tafsir gambar tu, tu gambar orang yang super gembira ya, bukan gambar orang gigi rosak. Hahahaha. Oh ini jadual minggu ini. Selasa: Due assignment sociology. Rabu: Due assignment Principle apantah tapi its a great subject hahaha. Khamis: Gotong royong di rumah, mungkin pergi talk MonaVie Jumaat: Quiz sociology Sabtu: BrassBand, quiz syntax Ahad: Beriang ria Isnin: Due Course work IT Selasa: Dinner BrassBand. Rabu: Presentation CTU Harap harap masa tu tak jadi macam ni -____-" Okay till then, byebye! Doakan saya dapat survive beberapa minggu ini dengan cemerlang. Btw, ada siapa siapa tak nak ikut pergi MonaVie punya first aniiversary? Weehooo :D

Cerita Si Pakcik Tua Yang Kuat Berdoa

Ini cerita yang aku dapat masa pergi talk MonaVie. Ada seorang pakcik tua ni, dia tinggal tepi sungai. Satu hari, hujan turun mencurah curah sampai banjir tempat tu. Lepas tu dia pun berdoalah pada Tuhan, "Tuhan, aku  percaya yang kau akan bantu semua umatmu, selamatkanlah aku". Lepas tu makin lama air makin naik. Dia pun duduk atas batu yang agak tinggi. Tak lama lepas tu, datanglah sebuah bot. Orang dalam bot tu cakap, "Pakcik Din! Cepat naik bot ni! Hujan dah makin lebat, air dah makin tinggi, bahaya ni!". Lepas tu pakcik tu pun cakap, "No no, I dont want! God will help me! He surely will." Kemudian orang bot tu cakap, "Demi Tuhan pakcik Din, tolonglah naik bot ni". Tapi pakcik Din tetap berkeras lepas tu orang bot pun pergilah selamatkan orang lain. *Eh terbagi nama pulak kat watak secara tiba tiba* Air dah makin naik. Pakcik Din naik atas bumbung rumah. Dia berzikir, berdoa, dan bertafakur sambil menunggu bantuan dari Tuhan. Lama lama

Minggu Penuh Syukur

Alhamdulillah :) ******* Life is about the choices you made . Cuma mungkin waktu kau budak budak life is about the choices your parents made, tapi akhirnya itu yang bentuk diri kau bila dah besar nanti. Jadi untuk cik Wowo, tahniah kerana berjaya buat satu keputusan yang memberi kepuasan untuk diri sendiri. Kepada orang lain yang nak buat keputusan untuk diri sendiri, it is never too late. Jangan risau. Daripada kau buat kerja separuh ikhlas, lebih baik kau benda yang kau suka. Duit boleh cari. Tak kaya pun boleh ambil apa course kau nak. Kalau kau suka course tu, aku tak rasa bayar balik loan kau tu akan jadi satu burden. Betul tak? Tapi siapalah aku untuk buat judgement macam tu. AKu budak UITM yang yuran hanya RM500 satu semester. Hahaha. ******* Kadang kadang aku rasa buat MLM ni lebih berdosa dari buka aurat. Semua orang buat muka "Oh my god apa lagi dia nak buat lepas ni. MLM? Piramid! Itu scam wehhhh!" Mungkin satu hari nanti, kalau aku publish gambar tak pakai t

Because It Is What I Want

And not what I need. So yesterday I asked Best friend why I kept wishing for the same thing, and never gets it. Aku tak wish main main, dua tahun aku wish benda sama. Best friend cakap, sebab tu apa kau nak, bukan apa kau perlukan . Betul jugak benda tu. Tapi semalam lepas bersedih dengan hakikat Tuhan mungkin takkan bagi apa yang aku wish tu, benda lain pulak datang. Similar to my wish, only better. Let's just say sepanjang malam aku senyum bahagia lalala. Tapi pagi ni hari agak kelakar. Semalam tidur pukul 5 pagi buat presentation (okay classmates, saya buat kerja last minutes. Nyehehe jangan bagitahu lecturer :P). Lepas tu bangun pukul 8 pagi, makan sebiji cekodok yang eja buat, masuk bilik dan sambung tidur. Lepas tu bangun balik 15 minit selepas itu sebab kelas pukul 8.30. Tengok tengok kat dalam mulut masih ada cebisan cekodok haha gila selekehkan makan lepas tu tidur lepas tu sambung makan hahahaha. Lepas tu saya pun mandi dan gosok baju. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.