Meninggal dunia. Meninggal dunia. Meninggal dunia.
Air mata mengalir laju. Tarik nafas dalam dalam. Maybe ini satu prank? Haha kenapa buat jenaka kelakar sangat macam ni? Tarik nafas lagi. Mata mula kabur. Tangan mula menggigil. Tekan nombor 3 tiga kali dan tekan butang hijau.
Tut tut.. Tut tut.. tut tut.
Click.
Siapa nak angkat? Tuan punya telefon dah meninggal dunia. Meninggal dunia, mati, tak bernyawa.
Penipu besar. Kau dah janji nak hidup dengan aku. Kenapa kau pergi sekarang? Kenapa tak bagitahu kau nak pergi macam masa kau tinggalkan aku untuk lanjutkan pelajaran? Kenapa tak bagitahu aku kau nak pergi macam masa kau pulang ke kampong secara tiba tiba sebab nenek kau sakit? Kenapa?
Tutup mata. Jauhkan diri dari realiti. Senyum.
Aku dah janji takkan tinggalkan kau kan? Jangan risau. Ikut aku ya? Teman aku sampai bila bila. Jangan berpisah langsung. Sambut tangan aku. Jangan takut. Kita dah lama tunggu saat ini. Kau takut apa? Kenapa kau nangis sayang? Mari.
Pandang kiri pandang kanan. Aku sambut tangan kau. Aku dah agak ini semua jenaka kejam. Kau belum matikan? Kau tak lupa dengan janji kau. Kita nak pergi mana? Kenapa kau diam? Surprise ya? Kau tahu aku suka kejutan kan? Sejuk tangan kau. Kenapa kena panjat pagar ni? Nanti jatuh.
Kalau kau panjat, kita akan bersama sampai bila bila. Janji.
Okay. Tarik nafas. Aku tengok ke bawah. Biasanya sampah sarap yang aku lihat. Kali ini aku nampak masa depan kau dan aku. Senyum. Depakan tangan gaya mahu terbang. Lompat. Jump
Tammat.
Diadaptasikan daripada pengalaman melihat seorang perempuan yang kekasihnya mati mencuba untuk bunuh diri. Poor thing you have a warden like my makcik. Hahaha. eh kalau siapa kurang faham dengan ayat tu, baca elok elok. Dia tak mati okay.
Oh ya saya memang suka cerita ending dia mati. Sebab mudah dan tak ada sequel ekekeke. Tapi lepas ni nak cubalah tulis cerita ending dia bahagia :D
Aku tunggu kau. Jangan pergi mana mana ya? Please?
Comments
ikaa: yup. tulah yang kte tweet semalam makcik kte warden orang indonesia so kte ikutlahh hahaha penyibuk memang macam ni :P
hanis: haha kan? kte rasa tulah kot org bunuh diri rasa sebelum dia bunuh diri :)