Skip to main content

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense. Vampire died after that. Poor Vampire:(

Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati.

Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa.

1 jam 45 minit sebelum Vampire mati.

Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa.

1 jam 20 minit sebelum Vampire mati.

Vampire pergi dapur nak tengok ada barang tak untuk dimakan. Dia selongkar semua almari. Itu bukan rumah Vampire sebenarnya. Dia ambil je rumah tu sebab tuan rumah tu dah mati. Mati macam mana Vampire taknak bagitahu. Tapi dia sumpah bukan dia yang bunuh. Vampire jumpa beberapa paket garlic bread. Vampire letak atas meja.

58 minit sebelum Vampire mati.

Vampire pergi mandi. Tak  bagus makan sebelum mandi, nanti buncit. Vampire cuci satu badan guna air panas, bagi segar. Dia lapar, tapi kebersihan itu penting. Vampire nyanyi lagu masa mandi, dari poker face sampai Jahat dari Stacy. Semua Vampire tahu.

13 minit sebelum Vampire mati.

Vampire pakai baju cantik, pakai bedak, deodorant dan eye liner. Eye liner baik untuk mata. Dia sikat rambut dia bagi belah tengah. Dia rasa dia vampire paling style sekali.

4 minit sebelum Vampire mati.

Dia duduk atas kerusi, dan buka paket garlic bread. Dia bau dulu roti tu. Bau macam familiar, tapi Vampire tak tahu dia bau tu dari mana.

3 minit sebelum Vampire mati.

Vampire ambil gigitan pertama. Kunyahan perlahan nak rasa roti tu. Sedap jugak ni.

2 minit sebelum Vampire mati.

Gigitan ke 2 dan seterusnya diambil.

1 minit 30 saat sebelum Vampire mati.

Saluran pernafasan makin sempit. Vampire cuba capai air. Mata berpinar, mulut berbuih. Dem dem dem kata Vampire dalam hati.

45 saat sebelum Vampire mati.

Vampire jatuh atas lantai. Muka semua orang yang dia pernah makan terbayang depan mata. Bye bye dunia, bye bye Malaysia.

5 saat sebelum Vampire mati.

5, 4, 3, 2, 1. Tammat.

Putar balik masa. 145 tahun sebelum Vampire mati.

"Edwardy Kalen, pergi sekolah tak hari ni?". "Edwardy malasleww mak". "Macam mana nak pandai kalau tak pergi sekolah?". "Alah mak, cikgu ajar Bahasa Inggeris je, kitakan orang Malaysia, cakap Bahasa Malaysia lah. Buat apa belajar bahasa orang". "Apa apa lah Edwardy, jangan kau menyesal nanti sudah".

Comments

Unknown said…
MUAAAAHAHAHHAAA!



AKUUU SUKAAAA CERITA NI HAWA! walaupun aku tak tauu apa yang kau cuba kaitkan tp cerita vampire ni lawak.

dia neyh vegan ke? kenapa tak makan orang tp makan garlic bread?

HAHAHAHA.


like this! ^^
Hawa Power said…
dia nak makan orang, tapi masa tu dah nak siang so dia takut mati jadi debu nanti. hahaha.

vampire tak boleh makan garlic tapi sebab dia tak belajar english, dia tak tau garlic tu apa. hahaha:))
Hanis Manis said…
omagidoo suka ni. sebab cerita dia kelakar and i totally get the point. siapa suruh dia tak pergi sekolah kan?

naicee writing, memang sumpah kelakar. kita nak try buat version doodle boleh? hee.
oooo,baru faham apa kaitan dia.hehe.comel lah cerita vampire ni. :P
Hawa Power said…
hanismanis :D buatlah. haha. mesti comel vampire mati makan roti kehkehkeh :P

ika: thanks :D haha
timon kyuri said…
hahahahahaha. comel gile vampire ni!!!!
nussow said…
hamboih hamboih. :D
nisa' said…
alu like 1000 kali okaih? haha
Hawa Power said…
timahhh:D yezza, vampire memang paling comel dalam dunia hikhik :)

nussow: kte dah bagi kredit dah tanda terima kasih. terima kasih daun keladi

nisa: sure suure can can :))
jari | jemari said…
super funny! kalen orang malaysia ghopenye
Hawa Power said…
yes. hahahaha. coolkan vampire dari malaysia? :P

Popular posts from this blog

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.

I have to accept this.

The fact that life is never fair. Cant. Stop. Watching. Dear people of tonton, why you no found your video I want to watch supermak and tahajud cinta :(