Hari ni keluar dengan Cik Hanalulu, Hasif dan berjumpa sebentar dengan Memerang Myra:) Tujuan keluar adalah untuk topup rapidpass dan tengok wayang. Tak munasabahlahkan kalau pergi sampai klcc semata mata nak topup rapidpass je kan. Sebelum tengok wayang tu, macam ada percanggahan pendapat tentang cerita yang kitorang nak tengok. I want to watch piranha tapi Cik Hanalulu kata Nussow cakap Going The Distance best. Dia siap ugut taknak pergi lagi kalau taknak tengok cerita tu. Then baiklah, selepas beberapa lama maka setujulah dengan kehendak mokcik tu. Maka gembiralah dia sepanjang perjalanan haha.
Sebab dah tengok cerita tu, maka bolehlah bagi sedikit review untuk membantu rakan rakan agar tidak membuat percaturan yang salah. Kalau nak bagi markah, cerita ni mungkin boleh dapat 4.89/10. Cerita ni mendapat markah untuk isi dia, dan sedikit markah untuk humor dan kebanyakannya untuk Justin Long. Kalau tiada Justin Long yang menangis kerana terpaksa berpisah, maka tak menariklah cerita ini. Cerita ini kehilangan markah kerana terlampau banyak sangat mencarut, lawak yang agak kotor serta kelucahan yang melampau. Haha mulalah alala segannya saya duduk sebelah Hasif awwh nak buat reaksi bagaimana ni agar kelihatan lebih comel hahaha sila lempang diri sendiri segera. Dan ya, cerita ini sungguh dewasa dan kalau nak tengok jugak tak salah kot, sebab itu bukan menggunakan duit saya.
Selesai untuk pemarkahan. Sekarang beralih kepada topik yang cuba disampaikan iaitu cinta jarak jauh. Selepas menonton cerita tu, kasihan ya pasangan jarak jauh ni. Kalau tak kaya dan tak sabar tak payahlah nak berangan. Susah gila okay. Nak berhubung kena guna banyak duit. Kecuali kalau guna blackberry maka boleh bbm sepanjang masa. Kalau nak guna internet pun mesti nak guna yang power kalau tak skype mesti putus putus tak pun kena jerit kuat kuat. Lepas tu kalau dah asyik webcam mesti nak jumpa, kalau setakat cinta kuala kubu baru dan putrajaya tu tak payahlah nak kecoh, senang je nak jumpa. Cuba kalau cinta antaraa perlis dan sabah? Haa senak kau nak kumpul duit nak beli tiket flight apa semua.
Kemudian nanti mesti sentiasa rasa resah gelisah sebab tak tau apa khabar kekasih di perlis dan tertanya tanya dia buat apa. Lepas tu kalau tengok facebook mesti jealous eh kenapa ada perempuan cantik tangkap gambar dengan kekasih di perlis? Lepas tu mula rasa sangsi dan tuduh ada berlaku curang. Alalala kemudian kau sedih dan mula menyalahkan dunia dan blablabla. Hahaha sekarang dah lupa apa motif sebenar tulis panjang panjang ni. Hm, okay. Jadi cerita ni macam nak sampaikan yang cinta jarak jauh ni memang leceh dan tapi kalau kau sungguh sungguh, pasti boleh :D Pengorbanan itu penting *ecewahh rasa macam gilalah sungguh romantik hari ni :))*
Dengan ini selesailah ulasan saya terhadap cerita tersebut. Mari mari kita tonton piranha lepas ni. Dan dengar cerita adenin thenyn akan dapat cerita The Last Song, I wantttttt !! Dan lagu I Hope You Find It lagi best ya dari When I Look At You tu. Haha. Sekian dari saya, Hawa Power :)
Comments
AND YES, DISTANCE RELATIONSHIP SUX.
and and cerita last song was ewwwwwwww. so cliche. boringgggggg. boleh predict dah ending dia. happy ever after blablabla. tp kalau ur a big fan of miley cyrus so yah, tengok lah. heee.
hanis : so kite kena tgk cerita apa ni? haha the last song tu org dah dload so kalau tak best pun tak rugi. kte tau cerita dia tak best, tapi takpelah sebab ada miley hahaha :D