Skip to main content

Posts

Untuk Kawan Saya Si Pokok

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.

Ini Post Jelas Menjelaskan

Pertama sekali saya lupa nak bagi kredit untuk post The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast tu. Post tu adalah buah dada fikiran Encik Nuzul jadi terima kasih kepada beliau. Dia ada tulis versi cerita dia tapi dia tulis dalam YM dan saya malas nak print screen/copy cerita dia sebab ianya adalah terlalu panjang dan ada sequel pulak jadi kalau nak tahu apa dia punya version pergi peluk kaki dia merayu suruh dia tulis. Okay? Kedua , saya adalah tidak lucah. Hahaha. Ketiga, saya bukan manusia kedekut. Cuma saya sedih makanan habis tanpa pengetahuan. Housemates, tolonglah jangan takut nak ambil makanan saya. Bagi je tahu kalau nak makan makanan saya dan ambil sahaja. Saya pun takkan minum susu awak *ini kedengaran sangat sangat wrong hahahaha*, ambil cheese awak dan makan apa apa tanpa kebenaran seperti roti dan tuna. Fair and square okay? Ini merujuk kepada post sebelum ini. Keempat , saya masih lagi tidak lucah. Kelima , pagi tadi saya pergi baca kembali post post paling lama...

Susu Lemak Manis, Santan Kelapa Muda

I am sad about kehilangan makanan di dalam rumah. Jadi buat resolusi baru untuk tahun ini. Makanan adalah untuk dikongsi sebab kau duduk ramai ramai jadi kalau orang ambil susu tanpa kebenaran dan minum depan hidung kau, diam, tarik nafas dalam dalam, fikir pasal Vampire atau orang kecil seramai 30 ribu orang menari poco poco atas meja dan lupakan hal lain sebab Vampire adalah comel dan 30 ribu orang kecil menari adalah 4 ribu kali ganda lebih comel daripada harimau putih. Itu meja dan ada 30 ribu orang kecil menari poco poco atas tu (tapi mestilah korang tak nampak orang kecil tu sebab dia kecil duhh). Tepi tu torchlight dan yang pegang tu ialah saya dan Vampire we're so cool we have red and yellow torchlight bukan macam semua orang yang ada torchlight putih je hahaha. Hihi tengok dah lupa pasal susu yang habis :))

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok ...

Apa Paling Saya Benci?

Saya paling benci bila saya berjalan dengan seorang kawan, seorang kawan angkat phone call dan cakap lebih dari 3 minit dan biarkan saya seorang diri. Saya paling benci kalau saya sedang bercakap dalam telefon dengan seorang kawan, seorang kawan sibuk nak cakap dengan orang lain tanpa bagitahu apa apa dan buat saya terpinga pinga dalam phone. Kalau saya orang biadap, saya letak phone masa tu jugak. Saya paling benci orang cancelkan benda sebab dia ada hal dengan boyfriend/girlfriend dia. Saya paling benci muka orang yang marah sebab tunggu saya, bila saya tak suruh tunggu. Saya paling benci kalau orang suka membanyakkan kerja, dan membabitkan saya. Nak banyak kerja pergi buat sendiri. Saya paling benci orang nak marah semua benda. Orang nak marah semua benda ni menyebarkan tenaga negatif. Saya paling benci dengan orang biadap, terutamanya kalau orang itu biadap dengan ibu bapa saya. Buat masa ni ini sahaja list saya. Dan buat masa ni saya benci diri sendiri sebab banyak s...

Ini Tiru Post Alot.

Are you okay sofa? Can you understand sofa? How are you sofa? Byebye sofa :) Siapa tak faham takpe. Ini cuma inside joke antara saya dan cik Thick. Ahahahaha :))