Lagi sekali nak share lagu ni. Sebab aku memang penakut. Cancer. Death. Dying. Die. Pakcik Dewa, jiran depan rumah meninggal dunia malam Jumaat hari tu. Dulu dia selalu cakap aku hutang dia nasi lemak dengan sambal ayam. Aku tak sure. Tapi kalau betul ada, aku tak tunaikan pun janji tu, walaupun ibu jual nasi lemak dengan sambal ayam bawah khemah dekat tepi jalan selama 5 tahun. "Doakan tak ada apa apa. Doktor takut kalau tu mungkin kanser" Tapi aku dapat rasa sampai benda tu bukan kanser. Selama ni kalau ada benda buruk nak jadi, memang Tuhan akan bagi aku perasaan tak senang duduk dan tak sedap hati. Cuma aku risau kali ni Tuhan tak bagi aku perasaan tu, nauzubillah. Tolong aku doakan agar semua orang yang aku sayang bebas dari penyakit dan kecelakaan. *******
where craps and hyperbole met